BAHASA ITU INDAH
MARI BELAJAR BAHASA MELAYU DAN SASTERA MELAYU...
Sunday, 20 March 2011
Sunday, 13 March 2011
selamat bercuti...
selamat bercuti kepada para guru dan pelajar..kembali ke sekolah dgn azam baru...SAYA MAU BERJAYA!!!!!
Saturday, 12 March 2011
KESALAHAN EJAAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH PELAJAR
Dalam karangan pelajar yang saya semak, rata-rata melakukan kesalahan yang agak sama. Walau bagaimanapun, saya telah membuat satu kajian dan mendapat kesalahan tersebut berpunca daripada:
i) Kesalahan sejak sekolah rendah
ii) Tidak membaca karangan yang telah disemak oleh guru, terutamanya kesalahan ejaan.
iii) Membaca buku berbahasa Melayu yang salah sehingga mudah mempercayai dan menggunakan ejaan tersebut.
iv) Kesalahan sari kata dalam filem, drama , dan rancangan menerusi televisyen yang dibaca dan terus dipercayai.
v) guru subjek Bahasa Melayu sendiri membuat kesalahan sehingga anak murid mereka pun buat salah.
Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar:
KESALAHAN..........................-->PEMBETULAN
i) *Kebanyakkan........................... kebanyakan
ii) *berkerjasama............................bekerjasama
iii) *kadang-kala..............................kadangkala
iv) *penyalah gunaan......................penyalahgunaan
v) * Disamping itu............................Di samping itu
vi) *kerosakkan...............................kerosakan
vii) *anti-merokok...........................antimerokok
viii) *serious...................................... serius
ix) *terguris........................................tergores
x) *seringkali .....................................sering kali
xi) *biadap.........................................biadab
xii) *television....................................televisyen
xiii) *penguatkuasa............................penguat kuasa
xiv) *dairi ............................................diari
xv) *barang kali...................................barangkali
xvi) *mengulangkaji.............................mengulang kaji
xvii) *menyosalsiasat...........................menyoal siasat
xviii) *bersatu-padu............................bersatu padu
xix) *ibu-bapa......................................ibu bapa
xx) *pasca kemerdekaan...................pascakemerdekaan
Kesimpulannya, insaflah wahai pelajarku! Janganlah membuat kesalahan kecil sebegini yang akhirnya menyusahkan adiri anda sendiri kerana setiap kesalahan ejaan dalam karangan akan ditolak markah.
ANALISIS NOVEL MELUNAS RINDU
ANALISIS NOVEL MELUNAS RINDU

TEMA
Novel ini bertemakan kegigihan seorang saudara baru yang mencari ibu kandung dan asal usulnya.
Fuad kehilangan ibu sejak kecil lagi. Namun, disebabkan perasaan kasih sayang dan rindu terhadap ibunya, Fuad berusaha gigih mencari pusara ibunya dan akhirnya Fuad berjaya bertemu ibunya yang masih hidup lalu menyatukan kembali hubungan kekeluargaan yang telah terpisah akibat perbezaan bangsa dan agama.
PERSOALAN
Kasih sayang terhadap keluarga – kasih sayang Fuad tidak berubah walaupun dia telah mengetahui Peter Lim sekeluarga bukanlah keluarga kandungnya.
Ketaatan kepada agama – Pak Ismail bertanggungjawab membimbing Fuad iaitu seorang saudara baru dengan mengajarnya bersolat dan mengaji al-Quran.
Tanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan – Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab. Walaupun Fuad hanya guru sandaran di sekolah yang sama dengan Farhana, tetapi Fuad menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.
Keikhlasan dalam membeikan pertolongan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam.
WATAK/PERWATAKAN
Fuad/Joshua/Abdul Halim
27 tahun
tinggi/segak/wajah Melayu
anak kepada Robert Lim/Roslan dan Mariana
guru sandaran di sekolah Menengah Seri Setia
berpendidkan tinggi – Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Amerika Syarikat
taat kepada perintah Allah – solat /mengaji
bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanahkan
gigih berusaha mencari ibu kandungnya
tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup
penyayang – sayang terhadap Sofia dan Farhana adiknya
Farhana
24 tahun
guru bahasa Inggeris
adik Fuad - anak kepada Mariana dan Fakharuddin
cantik/kecil molek/berkulit cerah
berpendidikan luar negeri – London
tegas – menegur sikap guru-guru yang datang lewat dan menyusahkan pelajar
bertanggungjawab terhadap ibunya yang sakit di Kuantan
Mariana
ibu Fuad (Abdul Halim) dan Farhana
isteri Robert Lim dan Fakharudin
menjadi gila meroyan setelah melahirkan anaknya Abdul Halim
penyayang – tidak pernah melupakan Abdul Halim walaupun terpisah sejak bayi
mengambil berat tentang perkembangan anak-anaknya
Robert Lim/Roslan
ayah kandung Fuad dan Sofia
suami Mariana dan Susan
ahli perniagaan di Kuala Lumpur
bertanggungjawab – memasukkan wang berjumlah RM200 ribu untuk anaknya
bengis – pekerja-pekerjanya menjadi mangsa kemarahan
Pak Ismail
bapa angkat Fuad
suami mak Salmah
taat perintah agama – rajin solat dan berjemaah di masjid
pandai mengaji – mengajar Fuad mengaji
penyayang – menjaga Mak Salmah dengan baik semasa isterinya sakit
bertangunggjawab – memastikan Fuad menerima ajaran agama Islam secukupnya
tidak berdendam – walaupun Fuad melarikan anak angkatnya Sofia
Mak Salmah
ibu angkat Fuad/Sofia
penyayang – sangat sayang akan Sofia walaupun anak angkat sehingga jatuh sakit semasa Fuad melarikan Sofia
sukar memaafkan orang lain – mengambil masa yang lama untuk memafkan Fuad
rajin – menguruskan rumahtangga, mengusahakna tanah dan mengisi masa lapang dengan mengaji dan membaca buku-buku agama
LATAR
Latar Tempat
Danau Seberang – tempat tinggal Fuad bersama-sama keluarga angkatnya Pak Ismail dan Mak Salmah
Sekolah Menengah Seri Setia – tempat Fuad menjadi guru sandaran
Kampung Sedili – Mariana tinggal bersama-sama kakak angkatnya Mariah selepas gila meroyan
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan – tempat ibu Farhana dirawat kerana penyakit lelah
Latar Masa
Zaman pergolakan kaum Melayu-Cina (13 Mei 1969) – anak Mariana telah dilarikan oleh keluarga ayahnya tetapi gagal dijejaki kerana pihak polis bimbang keadaan akan menjadi semakin tegang.
Pada waktu maghrib – Fuad pulang lewat dari hutan kerana mencari kayu api untuk kegunaan Mak Salmah.
Waktu pagi – Fuad melapor diri sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia
Waktu petang – Fuad ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati keindahan alam
Waktu malam – Borhan meminta pertolongan Fuad untuk mendapatkan rawatan bagi anaknya yang demam panas
Latar Masyarakat
Masyarakat yang tahu membalas jasa orang tua – Fuad membalas jasa Pak Ismail dengan membelikannya sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
Masyarakat guru yang dedikasi – Cikgu Farhana menyusun program untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolahnya
Masyarakat kampung yang prihatin – Fuad membawa anak Borhan ke bandar Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan
Masyarakat yang mementingkan pendidikan – Cikgu Abas meminta Fuad membantu anak-anak muridnya dalam pelajaran bahasa Inggeris
Masyarakat yang suka memburuk-burukkan orang lain – Cikgu Zamani tidak suka akan sikap Farhana dan menasihati Fuad agar tidak memilih Farhana sebagai isteri.
Masyarakat yang reda dengan ketentuaan Ilahi – Fuad menerima hakikat tidak dapat berkahwin dengan Farhana kerana mereka adik beradik malah bersyukur Farhana dapat menggantikan tempat Sofia
Masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran agama – Fuad rajin mengerjakaan solat walau di mana-mana dia berada
Masyarakat yang menghormati tetamu – adik-adik Farhana menyediakan hidangan, kain pelekat dan tuala untuk Fuad yang datang ke rumah mereka.
PLOT
Permulaan
Menceritakan kisah Fuad yang pulang lewat dari hutan setelah keluar mencari kayu api untuk kegunaan Mak Salmah memasak air. Kelewatannya membimbangkan Mak Salmah dan Pak Ismail. Selesai solat maghrib, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah. Fuad bercadang memulakan perniagaan dengan wang yang ada dalam akaunnya.
Perkembangan
Fuad mengenangkan kepulaangannya ke danau Seberang sejak setahun yang lalu selepas kematian Sofia, adiknya. Kemudian dia kembali ke rumah Pak Ismail untuk mendalami ilmu agama. Fuad juga ditawarkan guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia mengenali Farhana dan menjadi rakan yang akrab. Kesibukannya di sekolah tetap tidak melemahkan semangatnya untuk mencari saudara mara sebelah ibunya.
Konflik
Chin ke sekolah mencari Fuad. Fuad ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan berjumpa dengan Pak Ngah Lias yang memberitahunya Fuad dilahirkan Islam dan diberi nama Abdul Halim manakala nama ayah Fuad ialah Roslan. Usaha mencari pusara ibunya semakin sukar apabila Fuad diberitahu bahawa ibunya masih hidup. Fuad bertemu Peter Lim dan Swee Lan untuk meminta bantuan mendapatkan barang-barang peninggalan ibunya untuk memudahkan pencarian.
Klimaks
Farhana pulang ke kampung kerana ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital. Robert Lim dan Chin pergi ke Danau Seberang untuk menyerahkan cincin perkahwinannya dan gambar Mariana kepada Fuad. Setelah mendapat tahu Fuad ke Kuantan, mereka menyusul Fuad. Ketika di wad, Fuad terpandang fail pesakit ibu Farhana dan mendapati nama ibu Farhana ialah Mariana binti Osman yakni sama dengan nama ibunya. Robert Lim mengesahkan bahawa ibu Farhana ialah bekas isterinya dan juga ibu Fuad. Fuad terharu dengan pertemuan itu.
Peleraian
Fuad dan Farahana menerima hakikat bahawa mereka adik beradik. Fuad pulang ke Danau Seberang dan berjumpa Cikgu Abas untuk menceritakan keadaan sebenar. Fuad telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Fuad membawa ibu, Pak Ismail dan Mak Salmah ke Mekah untuk mengerjakan umrah. Robert Lim turut datang ke lapangan terbang untuk menghantar mereka. Fuad juga mendapat berita gembira bahawa ayahnya, Robert Lim menyatakan hasratnya untuk ke Mekah.
TEKNIK PENCERITAAN
Dialog – Dialog Fuad dang Pak Mail ketika menyatakan hasratnya untuk membeli tanah milik Awang Sojar .
“Betul Pak Mail.”
“Berduit engkau?” (m/s 18)
Monolog – Fuad bermimpi bertemu ibu kandungnya.
“Ibu!” keluhnya dalam gelap (m/s 13)
Monolog Dalaman – Fuad telah tamat belajar muqaddam, sudah kenal huruf dan tahu barisnya...Sememangnya dia terang hati, begitu fikir Ismail selalu (m/s 4)
Imbas kembali – Fuad terkenang semasa dia mula-mula menetap di Danau Seberang.
Hampir setahun lamanya dia mengambil waktu memulihkan keadaan selepas pulang tanpa membawa Sofia ke Danau Seberang (m/s 11)
Saspens – Fuad berdebar-debar apabila mendapati nama ibu Farhana sama seperti nama ibu kandungnya.
Mariana? Mariana binti Osman? Bukankah...? (m/s 180)
Kejutan – Fuad, Pak Ngah Lias dan Said terkejut apabila mendapat tahu bahawa ibu kandung Fuad masih hidup.
“Memang adik Mariah tu bersalin di sini tapi...bukannya meninggal,”... (m/s 108)
GAYA BAHASA
Simile - Dia selamnya yakin, orang yang dipujuknya sekarang ibarat sebutir permata (m/s 31)
Metafora – betapa pun cuma anak angkat benar-benar mengheretnya ke lurah api (m/s 22)
Personifikasi – maghrib sudah tua, ombak menggulung tinggi saling berkejaran untuk memenangi pantai (m/s 10)
Hiperbola – membungai hatinya (m/s 31) dan meletuskan kekaguman (m/s 106)
Sinkope – “Pak Mail tak suruh kau buat kerja-kerja tu semua Fuad. Lagipun Mak Mah kau... (m/s 3)
Penggunaan bahasa Inggeris & Arab - mentor mentee (m/s 46) dan alhamdulillah dan insya-Allah (m/s 40)
NILAI
Kegigihan – Kegigihan Fuad menjejak ibu kandungnya membuahkan hasil apabila apabila akhirnya Fuad berjaya bertemu dengan ibu kandungnya
Kasih sayang – Fuad menyayangi kedua-dua adik perempuannya iaitu Sofia dan Farhana
Berdedikasi – Fuad dan Farhana menjalankan tugas sebagai guru denan penuh dedikasi untuk meningkatkan prestasi para pelajar
Ketaatan kepada agama – Fuad melaksanakan tugasnya sebagai umat Islam walaupun merupakan saudara baru
Hormat menghormati – Pak Ismail menghormati tetamunya, Robert Lim walaupun pernah melukakan hati keluarganya.
Keikhlasan – Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang sakit ke Kuantan untuk mendapatkan rawatan
PENGAJARAN
Kita hendaklah sentiasa menghargai dan menyayangi kedua-dua ibu bapa kita – Fuad menyayangi ibu dan menguruskan segala keperluan ibunya yang sakit lelah. Fuad juga tetap menyayangi bapanya biarpun sudah sekian lama tidak bertemu.
Kita hendaklah berusaha sehingga beroleh kejayaan – Fuad gigih meneruskan pencarian ibunya sehingga akhirnya dia dapat bertemu kembali dengan ibu kandungnya
Kita perlulah menghulurkan bantuan kepada golongan yang menghadapi kesususahan – Fuad menumpangkan Farhana apabila Farhana tidak mendapat tiket untuk pulang ke kampungnya
Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita – Fuad kesal dengan sikap Farhana yang menegur Cikgu Zamani dengan kasar tanpa menghiraukan perbezaan usia mereka
Kita mestilah mengerjakan suruhan Tuhan – Fuad tetap menunaikan solat walaupun menjadi musafir semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
KARANGAN RUMUSAN: STRATEGI MENJAWABNYA
Rumusan
- Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.
- Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.
- Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
- Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
- Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
- Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).
- Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).
- Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.
- Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.
ULBS
KELAS-KELAS YANG TERLIBAT:
4K, 4D, 4OP, 4MPV
SILA BERSEDIA SELEPAS CUTI...
4K, 4D, 4OP, 4MPV
SILA BERSEDIA SELEPAS CUTI...
Subscribe to:
Posts (Atom)